Kenali Kuntum Flora
Kuntum Flora beroperasi sejak tahun 2002 di Tropic Shoping Centre, Damansara Perdana, Petaling Jaya. Mula membekalkan gubahan dan bunga segar kepada beberapa syarikat di kawasan seperti Big Tree, Proton, BEP Arkitek, Luxor Holding dan Luxor Network dan pelanggan lain di kawasan sekitar.
Gubahan tertumpu pada bunga segar namun setelah membuka perniagaan di Seremban mulai 2007, Kuntum Flora melebarkan seni gubahan kepada bunga kering dan artificial. Di samping itu, Kuntum Flora juga menampilkan produk baru iaitu buaian berendoi dan gubahan bunga telor atau doof gift yang bersesuaian.
Kini, perniagaan menjadi lebih mudah dengan penggunaan laman web. Pelanggan sentiasa dapat melihat produk dan hasil kerja hanya melalui online di mana sahaja pada bila-bila masa. Tempahan juga boleh dilakukan secara online. Perniagaan yang memberi keselesaan kepada pelanggan dan ketelusan Kuntum Flora menyediakan perkhidmatan menjanjikan kepuasan pelanggan. Kami sentiasa berusaha untuk mengekalkan kepercayaan pelanggan, mutu gubahan, kesegaran bunga diutamakan, design yang menarik dan penampilan juga berlainan. Kami amat berharap para pelanggan baru akan kekal menjadi sebahagian dari perjalanan Kuntum Flora saban tahun.
Kuntum Flora mempunyai pelanggan tetap tahunan untuk penghantaran bunga semasa ulangtahun/harijadi, ulangtahun perkahwinan, hari kekasih, hari ibu, hari bapa dan sebagainya. Pelanggan semakin mempercayai perkhidmatan yang kami berikan walaupun tumpuan kini lebih hanya pada perniagaan online.
















Mengenai Kami