Gubahan Bunga Segar

Buaian Bunga Segar

Home Tafsiran Cukur Jambul

The News

Tafsiran Cukur Jambul

Ramai beranggapan bahawa cukur jambul merupakan adat orang Melayu sahaja dan bukannya tuntutan dalam Islam. Menurut seorang pendakwah bebas dalam artikel keluaran Akhbar Kosmo 1 Nov. 2011 ,Dalam Hadis riwayat Muslim, Rasullullah sendiri menyarankan agar bayi yang baru lahir dicukur rambutnya. Memandangkan Rasullullah sendiri menyarankan perkara tersebut, maka ianya harus dianggap sunnah dan wajar diikut.

Berdasarkan hadis tersebut, ianya wajar dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran. Rambut bayi akan ditimbang dan dinisbahkan dengan emas dan disedekahkan kepada fakir miskin.

Menyentuh konsep cukur jambul hari ini, tiada salahnya jika majlis besar-besaran diadakan asalkan perkara asas serta niat melakukannya betul. Pengisian majlis cukur jambul dalam masyarakat Melayu telah ditambah dengan beberapa pengisian seperti marhaban dan bacaan berzanji. Ianya tidak salah tetapi jangan menganggapnya perkara bidaah hanya kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi, sebenarnya budaya dan sunnah telah bergabung membentuk ibadah.

Akikah juga boleh dilakukan pada hari yang sama. Manakala istiadat berendoi atau naik buai hanyalah simbolik kepada kemeriahan menerima kehadiran cahayamata. Masyarakat hari ini, lebih sinonim dengan buai berhias berbagai bentuk dan rupa, sejajar dengan kemeriahan majlis tersebut. Asalkan niatnya tidak salah, majlis tersebut boleh dilaksanakan.

Buai berhias adalah dianggap hadiah bagi meraikan bayi. Kehadirannya dianggap penting dan diraikan sebagaimana kita meraikan raja sehari. Keriangan ini akan dirakamkan dalam gambar dan album yang indah sebagai kenangan kepada semua termasuklan bayi tersebut .Apabila dewasa, dia akan sentiasa mengerti bahawa kehadirannya dalam keluarga merupakan kegembiraan kepada semua.